Slider

{Makan-Makan} : Udang goreng butter

20 July 2014


***Late sharing recipe**
Hi kawan-kawan,Seterusnya, saya akan kongsikan resipi udang goreng butter.Saya rasa, resipi ini hampir sama dengan Ketam goreng telur masin tetapi yang membezakannya adalah udang goreng butter tidak memerlukan telur masin. Bercakap mengenai telur masin, mesti anda perasan saya telah salah letak nama resipi dalam Facebook..haha, saya letak " Ketam goreng ikan masin". Bukan ikan masin ya, telur masin! Maafkan saya mengenai itu..terima kasih kepada kawan saya yang perasan..terima kasih!Okay, jangan buang masa lagi! Mari kita sama-sama belajar menyediakan udang goreng butter.


Bahan-bahan :

Udang (bersihkan)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
 Mentega
Susu pekat
susu cair
2 ulas bawang putih (dihiris halus or diketuk)
 Tepung jagung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng udang

Cara-cara penyediaan :
Untuk cara penyediaan, saya akan bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian 1
-Gaulkan udang dengan adunan tepung jagung  dan gorengkan.
-Angkat dan biarkan, udang anda akan jadi seperti dibawah ini.


Bahagian 2 
-Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari sampai wangi.
-Masukkan susu segar, susu pekat dan garam secukupnya.
Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan udang kacau rata dan sedia dihidang.
Inilah hasilnya!! Sedap..yummy!




Thanks for stopping by on my blog!
Hope you will try this recipe. But, be careful if you have high cholesterol ya!

Thanks,
Aya

No comments:

Post a Comment

Please share your thoughts.

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan