Social Media

#keriitletokitchen: Cara-cara membuat Lia Akaw yang sedap dan senang

Hi semua!
Sekali lagi saya akan berkongsi resepi makanan kegemaran saya iaitu Lia Akaw atau sambal pedas orang Kenyah. My husband doesn't really like spicy food but I like it. 
I think, semua leto Kenyah must be like and know how to make it. Tapi untuk record dimasa hadapan, saya akan kongsikan resepi lia akaw. Original recepi dari We' Alan ( Sis Lenseri).
Bahan-bahan:
- Cili api/apa-apa jenis cili
- Ikan bilis
- Bawang merah ( kupas dan potong kecil)
- Bawang putih ( kupas dan potong kecil)
- Garam
- Gula
Cara- cara membuatnya:
1. Cuci cili selepas keluarkan tangkai cili.
2. Masukkan cili yang telah dicuci dengan bawang merah, bawang putih dan kisarkan atau tumbuk.
3. Masukkan sedikit garam, ajinomoto dan gula dan kisarkan lagi sampai menjadi seperti cili yang biasa anda lihat...haha
4. Panaskan minyak masak --> masukkan ikan bilis --> asingkan.
5. Masukkan cili+bawang merah+bawang putih yang telah dikisar tadi dalam minyak masak yang digunakan dilangkah no.4
6. Gorengkan sampai menjadi kering sedikit.
7. Lia akaw is READY!
Selepas menyediakan lia akaw ni, tangan saya terasa panas. Jika anda juga menghadapi ini, ada beberapa tips untuk hilangkan.
Tips 1. Lumurkan tangan dengan minyak masak ( sejuk) dan biarkan selama 5 minit, basuh tangan.
Tips 2. Lumurkan tangan dengan air garam * Yang ini saya belum cuba tapi anda bole cuba.
Tips 3. Lumurkan tangan dengan pucuk ubi * Jika ada pucuk ubi, jika tiada sila cuba tips#1 & 2.

Selamat mencuba dan nikmatilah lia akaw!

Love,
Aya

Post a Comment

Please share your thoughts.

Instagram

Theme by BD