Social Media

#keriitletokitchen : Cara memasak ikan masak sweet sour sedappp


Hi semua,
Setelah agak lama, saya disini ingin menyajikan anda dengan resepi ikan sweet sour #keriitletostyle

Bahan diperlukan:
1. Ikan talapia merah( talapia hitam juga boleh)
2. Tomato (1 atau 2 biji, ikut suka),dihiris
3. Lada bengala(separuh),dihiris
4. Bawang holland( separuh),dihiris
5. Halia( ikut suka),dihiris kecil
6. Sos tomato( apa2 brand)
7. Sos cili (apa2 brand pon boleh)

Cara- cara memasaknya:
1. Gorengkan ikan talapia yang telah dibersihkan dan telah diletakkan garam.
Tips: Pastikan minyak masak panas panas jadi tidak melekat.
2. Apabila ikan keperangan, angkat dan asingkan.
3. Tumiskan bawang holland, lada bengala dan halia sehingga naik bau( agak-agak lah hehe)
4. Letakkan sos tomato dan sos cili( ikut suka)
5. Gaulkan sampai sebati dan letakkan sedikit air dan biarkan seminit.
6. Letakkan tomato dan gaulkan sehingga masak.
7. Letakkan garam secukup rasa
8. Angkat dan letakkan di ikan yang telah digoreng tadi.
Siap!!!
#keriitletocook #keriitletokitchen


Selamat mencuba!

Love,
Aya

Post a Comment

Please share your thoughts.

Instagram

Theme by BD