Motherhood Stories: Pengalaman bersalin di Hospital Kajang, Selangor


Hi semua,
Sekarang sudah dua minggu lebih selepas saya bersalin anak pertama kami. Wow, masa berjalan dengan pantas sekali.
Rasanya saya sudah bersedia untuk berkongsi pengalaman bersalin saya di hospital Kajang, Selangor.
Sebelum saya lebih lanjut, saya ingin menyatakan sesuatu yang sangat penting iaitu semua yang saya kongsikan ini adalah pengalaman saya dan saya tidak bermaksud untuk memburukkan hospital atau sesiapa. Ini hanya sekadar berkongsi pengalaman saya dan berharap pengalaman ini menjadi panduan kepada ibu/bapa yang sedang mencari hospital untuk bersalin boleh mengunakan ini sebagai panduan.
Oh ya, sebelum itu, kamu mungkin tertanya-tanya, mengapa saya menulis pengalaman ini dalam bahasa melayu? Tidak ada alasan tertentu cuma saya rasa pengalaman ini patut ditulis dalam bahasa melayu dan saya ingin mencuba sama ada kamu semua suka membaca blog saya dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Sila nyatakan ya.
Tanpa melengahkan masa, ini adalah pengalaman saya. Saya mulakan dengan kekurangan dan selepas itu saya akan susulkan dengan kebaikan bersalin di Hospital Kajang.

1. Jumlah katil agak terhad
Hospital Kajang ini adalah hospital yang sangat lama, ia telah wujud sejak 129 tahun dan bangunan juga agak uzur dan kepadatan pesakit sangat-sangat padat disebabkan katil yang disediakan agak terhad. Apabila saya dimasukkan ke hospital, saya tidak berada di wad antenatal tapi post-natal disebabkan katil tidak mencukupi. Tapi, ini adalah pengalaman yang bagus juga sebab saya nampak apa yang akan berlaku selepas saya bersalin.

2. Kurang penjelasan
Bagi saya secara peribadi, sepatutnya staf perlu menjelaskan apa yang dilakukan kepada pesakit. Maksud saya disini adalah apabila masukkan antibiotics, adalah perlu memberitahu kenapa dan berapa lama akan dimasukkan. Tujuannya adalah supaya kita tahu dan mengambil keputusan yang betul. Tetapi saya faham, staf tidak boleh melakukan ini dengan baik kerana terlalu ramai pesakit.

3. Sistem masih manual
Saya agak terkejut apabila saya mahu dicas dari hospital ini mengambil masa yang sangat lama. Ini kerana semuanya dilakukan secara manual oleh jururawat yang ada. Bagi saya, sepatutnya sudah ada satu sistem untuk dicas, masuk wad, pindah wad dan sebagainya. Sekarang sudah 2020 dan masih melakukan tugas secara manual, ini agak mengecewakan.
Juga, apabila berada didalam dewan bersalin, suami atau keluarga tidak akan mengetahui status/keadaan isteri mereka dan saya rasa sangat perlu adakan sistem yang boleh bagi live update dengan keluarga pesakit.

4. Banyak fasiliti yang perlu dinaik taraf dan diperbaiki
Fasiliti yang dimaksudkan adalah tandas, bilik mandi dan parking.
Sejujurnya, saya agak kurang selesa dengan tandas dan bilik mandi di hospital ini. Tapi ini memang dijangkakan, kalau mahu selesa, bolehlah pilih untuk bersalin di hospital lain.

5. Sangat- sangat murah
Jika anda dan pasangan ingin berjimat, maka bolehlah memilih untuk bersalin disini.
Bagi kami, kami sangat-sangat jimat disini dan mengunakan duit yang disimpan untuk bersalin untuk keperluan selepas bersalin. Saya masuk hospital pada 29/June sampai 3/July iaitu 5 hari di hospital. Jumlah bayaran semua ialah RM164 sahaja. Jadi, bergantung kepada kewangaan anda. Pilihlah dengan baik.Janganlah memilih hospital swasta tetapi tidak berkemampuan ya.

Sejujurnya, saya mengalami pengalaman yang kurang bagus di hospital ini. Tapi, saya sudah jangkakan semuanya itu dan sekarang, saya masih menyalahkan diri sendiri kerana mahu mengambil risiko dengan memilih untuk bersalin di hospital ini. Jadi, nasihat saya kepada pasangan diluar sana, apabila memilih hospital untuk bersalin, hendaklah pertimbangkan dua hal yang sangat penting iaitu kewangaan dan keadaan anda semasa mahu bersalin dan selepas bersalin.

Love,
Aya

No comments

Please share your thoughts.