Social Media

Cara saya sembuhkan jahitan selepas bersalin

Hi semua!
One of the hardest process after giving birth is recovery!
Jadi,kali ini saya akan kongsikan mengenai cara saya sembuhkan jahitan selepas bersalin.
Saya bersalin secara normal ( vacuum) dan ada koyakan  dan saya dijahit selepas bersalin, jadi jahitan ini memerlukan masa untuk sembuh.
Cara ini adalah yang dikongsikan oleh kakak dan saudara perempuan saya. It's work for me as my jahitan was heal after 3 weeks I giving birth.So, maybe it work for you.

Apa yang saya gunakan?
Item 1: Garam bukit * Boleh dibeli di kedai groceries

Item 2: Solcoseryl Jelly 10% * Boleh dibeli di farmasi

Cara-caranya?
Item 1:
- Setiap kali mandi, saya akan rendamkan bahagian bawah dalam besen ( sorry, its super direct to the point now) yang telah saya campurkan air suam dan garam bukit. Saya rendamkan selama 5 minit-10 minit dan bilaskan dengan air suam bersih.
- Juga saya letakkan air garam bukit dalam spray bottle dan yang ini saya bawa kemana-mana saya pergi ( kalau pergi diluar rumah) dan setiap kali ke tandas, selepas melakukan "bisnes" dan bersihkan semuanya, saya akan spray air garam bukit ini dibahagian yang telah dijahit.
Note: Nurse yang recommend saya lakukan ini.

Item 2: 
- Selepas saya mandi dan lakukan diatas, saya akan sapukan item 2 dibahagian yang dijahit. Pengalaman saya, saya sapukan dua kali sehari sebab saya bersihkan diri dua kali sehari selama saya berpantang.
Note: Untuk item 2 ini, nurse tidak pernah mentioned about this. Yang ini, kakak dan cousin saya yang inform.

Yang paling penting semasa process recovery adalah kebersihan dan jangan terlalu kasar bergerak.
Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, saya harap ini akan membantu anda nanti. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah comment atau DM saya.
Perlu saya ingatkan, ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, adalah seeloknya anda bertanya dengan jururawat atau doktor jika ada sebarang keraguan.

Love,
Aya

Post a Comment

Please share your thoughts.

Follow IG @keriitleto

Instagram

Theme by BD