Social Media

Senarai benda yang anda perlu sediakan untuk menghadapi COVID-19


Seperti yang kita sedia maklum, keadaan COVID-19 di negara kita semakin hari semakin membimbangkan. Tetapi harap semua bertenang terutamanya kepada yang telah mendapat vaksin dos 1, 2 dan pengalak. Kita tidak boleh "lari" dari virus ini kerana virus ini ada dalam komuniti kita.

Setelah "selamat" dari virus ini, kami mendapat jangkitan virus ini dari kontak rapat keluarga babysitter kami. Anak mereka pergi sekolah dan seperti kita sedia maklum, kanak-kanak mungkin kurang faham mengenai SOP dan saya faham mengenai itu. Perkara ini kita tidak boleh kawal.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan adalah sediakan benda yang perlu untuk menghadapi COVID-19 atau apa-apa penyakit ringan dalam rumah.

Saya akan sediakan 2 kategori, iaitu,


Kategori 1 : Alatan

1. Thermometer - Untuk cek suhu badan.



2. Oxymeter - Untuk check kadar oksigen dalam badan

Kami tidak ada alatan ini kerana harga agak mahal. Jadi, eloklah bersedia dari awal untuk membeli alat ini.



3. Omron Blood pressure - Monitor tekanan darah.

Kami tidak ada alatan ini kerana harga agak mahal. Jadi, eloklah bersedia dari awal untuk membeli alat ini.




Kategori 2: Ubat-ubatan

1. Active fast/ paracetamol- Untuk gejala demam dan sakit kepala.



2. Ubat batuk - Untuk gejala batuk dan sakit tekak.



3. Vitamin C - Untuk meningkatkan immune badan.



4. Ubat Selsema - Untuk gejala selsema/runny noise.



5. Kool fever - Untuk demam dan sakit kepala.


6. COVID-19 self test kit - Untuk memastikan anda positive atau negative COVID-19.


7. Yoko Yoko - Saya rasa ini perlu, just in case anda akan rasa sengal-sengal badan.

8. Plaster/Koyok - Saya rasa ini perlu, just in case anda akan rasa sengal-sengal badan.

9. Minyak kayu putih - Untuk melegakan hidung tersumbat.

Here are the checklist:
Kategori Alatan:
1. Thermometer
2. Oxymeter
3. Omron Blood pressure monitor

Kategori 2: Ubat-ubatan
1. Activefast/paracetamol
2. Ubat batuk
3. Vitamin C
4. Ubat selsema
5. Yoko-Yoko
6. Plaster/Koyok
7. COVID -19 self test kit
8. Minyak kayu putih
9. Koolfever

Here is our first aid box.
The bigger one is for adult and small one is for our baby.
I will share senarai benda yang perlu disediakan untuk menghadapi COVID-19 ( Baby version) on next post.

I hope this post will inspire you to prepare your first aid box at home.
Its very important!

Post a Comment

Please share your thoughts.

Theme by BD