Daily diaries of working mom from Sarawak lived in Selangor

11.5.22

Cara memasak tempoyak ikan bilis dan petai yang membuat tambah nasi

 


Bahan-bahan:
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
Ikan bilis - ikut citarasa sendiri
3 sudu makan tempoyak - ikut citarasa sendiri
Petai - ikut citarasa sendiri
Air
Gula, garam & serbuk perasa


Cara membuat:

1. Tumbuk semua bahan tanda *.
2.Tumis bahan yang telah ditumbuk di langkah 1 sampai garing.
3.Masukkan ikan bilis.Sudah sebati, baru masukkan tempoyak dan air ( ikut citarasa).
4.Kacau sampai agak-agak masak & pekat.
5.Masukkan gula,garam & serbuk perasa.
6.Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai.Kacau 3-4 kali terus tutup api.

Tips:

Jangan lama-lama mengacau langkah 6, sebab petai kalau masak sangat rasa dah tak sedap.



Makan dengan nasi putih sejuk, yummmm sedappnyaaa

SELAMAT MENCUBA!

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Please share your thoughts.