Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Resepi Nasi goreng cornbeef - Simple and sedap ( My husband's favorite)

21 August 2022

Sorry ya, saya lupa ambil gambar nasi goreng cornbeef sbb nak cepat makan.
Ni adalah nasi putih makan dengan cornbeef.


Siapa pernah makan nasi goreng cornbeef?

Atau pernah dengar tak cornbeef sebelum ini?

Bagi orang-orang Borneo ( Sabah & Sarawak), ini adalah satu masakan yang menjadi kesukaan ramai sebab sedap dan senang memasaknya.

Nasi goreng ini sesuai sangat dimasak apabila anda ada lebihan nasi tetapi malas nak sediakan bahan-bahan memasak untuk memasak nasi goreng lain.

Jadi, saya kongsikan macam mana nak memasak nasi goreng cornbeef ini dan selamat mencuba!


Bahan-bahan:

Cornbeef - dicincang

Nasi sejuk

Bawang merah - dicincang

Bawang putih - dicincang

Minyak masak 

Telur ayam 1 biji


Cara-cara memasaknya:

1. Tumiskan bawang merah dan putih

2. Masukkan cornbeef dan gaulkan sampai sebati

3. Masukkan telur ayam dan gaulkan sebati

4. Masukkan nasi dan gaulkan sebati

Siap!!


TIPS!

Tin cornbeef ni kan, lain mcm cara buka dia, jadi berdasarkan pengalaman saya, kalau buka tin cornbeef ni, kena hati-hati dan buka pelan-pelan.

Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)