Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Cara guna app Setel untuk isi minyak di Petronas

9.11.22


Pernah dengar pasal app Setel tak?

Sesiapa yang pernah pergi Petronas station minyak mesti pernah dengar dan nampak app ni. Jom saya perkenalkan dan guide kamu cara guna app ni untuk isi minyak.


Apa itu App Setel ?



Setel App ni merupakan satu app dengan kerjasama stesen minyak Petronas bagi memudahkan pelanggan mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter lagi dan yang paling best, pelanggan boleh dapat points kalo isi minyak mengunakan app ni.

Menarik dan memudahkan!

Jika tidak dahulu leceh nak kena keluar kereta pergi kaunter bayaran. Kalau guna kad debit atau kredit pun masih perlu keluar kereta untuk cucuk kad di mesin pam minyak. Betul?

Saya sebagai pelanggan setia Petronas ni memang sangat memanfaatkan app ni. Baru-baru ini, saya berjaya redeem rewards sebanyak RM68 daripada point yang saya kumpulkan. Siapa nak bagi RM68 kat kita macam tu saja kan!


Kenapa perlu guna App Setel untuk isi minyak?

Dengan hanya menggunakan App ini, anda boleh,

1. Pantau kos penggunaan minyak anda secara bulanan atau mingguan.

Segala transaksi pembelian minyak akan direkodkan dan disimpan dalam bentuk PDF dan anda boleh download bila-bila masa saja! Ini dapat membantu anda untuk cek berapa perbelanjaan minyak petrol yang telah anda gunakan sekaligus boleh membantu budgetting anda, lagi tepat lah nanti! Best kan!

2. Earn Mesra points

Yang ni paling saya suka, isi- isi minyak dan dapat points so tak sia-sia lah setiap sen yang digunakan untuk isi minyak. Bila point da banyak bolelah redeem.

3. Setel share 

Ni feature terbaru setel dan saya sangat suka juga sebab saya tak perlu minta husband saya login guna account saya dlm fon dia untuk isi minyak guna setel app. Sangat memudahkan kehidupan!

4.Fuel price updates

Yang ni pun sangat2 membantu saya untuk tengok berapa harga minyak setiap minggu.

5. 10% fuel cashback with CardTerus

Ni pun best bole dapat cashback!

Ada banyak sebenarnya alasan kenapa kamu perlu guna app setel ni. Anda boleh tengok juga di https://www.setel.com/



Cara guna App Setel untuk isi minyak

Ini adalah cara-cara guna App Setel untuk isi minyak di Petronas.

Langkah 1: Download & Install App dalam Smartphone anda

Pergi ke App Store/Play Store dan search ‘SETEL’. Kemudian klik Install. Selasai install app Setel klik ‘Open’.


Langkah 2: Register bagi penguna pertama kali

2.1 Untuk pertama kali menggunakan App ini perlu Register terlebih dahulu. Klik ‘Register’

2.2 Isikan details nama penuhnombor telefonalamat email dan Password. Dibahagian Promo code masukkan KOD ‘umt3b’. Dengan menggunakan KOD ini, anda akan mendapat FREE RM5 selepas guna App Setel untuk isi minyak.

Selepas selesai klik ‘Register’.

2.3 Kemudian masukkan 6 digit kod pengesahan yang diberikan melalui sms nombor telefon anda

2.4 Selepas selesai, klik ‘Allow Location’. Kemudian klik ‘Create PIN’. Set pin nombor anda dan masukkan sekali lagi nombor pin yang sama sebagai langkah keselamatan

2.5 Anda boleh aktifkan fingerprint anda setiap kali pembelian minyak di stesen. Jika berminat klik ‘TURN ON’. Kemudian confirm kan cap cari anda

2.6 Anda juga boleh setkan nombor kad kredit atau kad debit untuk topup duit ke dalam App Setel. Jika tidak berminat klik sahaja skip.


Langkah 3:

Klik ‘Get Started’. Anda klik pada butang ‘locate’ dan kemudian Setel akan keluarkan cadangan lokasi Petronas yang berdekatan dengan anda.


Langkah 4:

4.1 Untuk topup secara Online Banking, klik pada pilihan ‘Payments’.

4.2 Kemudian pilih Top-up >> Online Banking >> pilih Amount >> pilih Bank >> klik Proceed

4.3 Selesai Top-up!


Langkah 5:

5.1 Untuk buat pembelian minyak di stesen minyak, klik ‘Purchase Fuel’ >> Got It >> pilih nombor pam minyak >> masukkan Amount harga minyak atau Full tank.

5.2 Tunggu sehingga siap minyak diisi. Yang bestnya selepas selesai anda boleh terus semak point mesra yang diperoleh dan resit minyak anda. Senang dan cepat.


Untuk pelanggan yang sudah Register, ada 4 langkah saja untuk isi minyak seperti dibawah.


Kesimpulan

Dengan hanya mengisi minyak menggunakan Setel anda boleh buat pengiraan jumlah minyak bulanan anda setiap bulan dengan transaksi yang disimpan dalam App ini dan juga dapatkan rewards! Tak sia-sialah duit yang anda gunakan untuk isi minyak!

Tunggu apa lagi, download Setel App ini sekarang!

Ada Setel semuanya Settle!


Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)