Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Pengalaman & kos buat MRI scan untuk anak di hospital kerajaan

8.11.22


Hari ni saya nak kongsikan pengalaman & kos buat MRI scan untuk anak saya di hospital kerajaan iaitu Hospital Tunku Azizah ( Hospital Wanita & Kanak-kanak), Kuala Lumpur.

Inilah kali kedua anak kami buat MRI scan sebab yang pertama kali pada Julai 2022 tak berjaya sebab anak kami tak boleh tidur dan sentiasa bergerak walaupun sudah disuntik ubat tidur pada dos yang berpatutan untuk kanak-kanak.

Setelah percubaan 3 kali, akhirnya doktor, jururawat & pegawai yang mengendalikan MRI scan ni membuat keputusan untuk tidak teruskan dan bagi tarikh appointment baru iaitu bulan November 2022.

Untuk kali kedua ini, anak kami tidak akan dibagi ubat tidur seperti yang pertama kali tetapi akan dibius/ditidurkan. So, doktor bagitau kebarangkalian berjaya kali ini adalah tinggi.

Saya akan kongsikan procedure dia. Sebelum itu saya akan kongsikan mengenai MRI scan untuk pengetahuan semua.


Apa itu MRI scan?

MRI stands for Magnetic Resonance Imaging.

An MRI scan uses a strong magnetic field and radio waves to create pictures on a computer screen. It can show tissues, organs and other structures inside your body.

An MRI scan is a safe and painless test that can provide detailed pictures of organs and other structures inside your body.

Source: https://patient.info/treatment-medication/mri-scan


Kenapa anak kami buat MRI scan?

Anak kami kena buat MRI scan kerana anak kami mengalami beberapa episod sawan ( epilepsy) sejak dia berumur 1 tahun. Jadi, MRI scan nak tahu apa yang berlaku/what's wrong with his brain specifically.


Procedure buat MRI scan

Day 1- Hari persediaan untuk buat MRI scan

- Masuk wad untuk persediaan

- Lakukan test covid - jika negative so proceed and ambil darah

- Ambil berat badan dan ketinggian

- Anak kami perlu berpuasa selama 6 jam lebih + kena drip air

Pertama kali anak kami buat MRI scan hari tu, kesian dia sebab dia baru je celebrate birthday and kena masuk hospital. Lepas tu, x boleh bergerak banyak sangat.

Untuk kali kedua ni, syukur dia macam faham keadaan dia dan boleh lah "menikmati" keadaan dia. 




Yang ni moment paling tak best, anak kena pasang jarum di tangan and as mom kena tunggu luar. Kesian dengar tangisan anak. Tapi apakan daya, demi kesihatan nak!

Setiap kali saya tengok tangan anak saya macam ni kan, saya jadi sedih dan minta maaf banyak2 dekat dia... sedih dan kesian tengok dia main dan makan guna satu tangan.



Day 2 - Hari untuk buat MRI scan

-  Anak kami berpuasa lebih 6 jam 

- Masuk wad bius dan ditidurkan dan MRI scan dijalankan.

- MRI scan dijalankan kira-kira  2 jam ( anak kamu masuk dalam pkol 12 lebih and keluar dalam jam 2pm)

- Doktor akan monitor keadaan anak kami dan kalau dia okay, boleh discharge hari yang sama.

Untuk pertama kali hari tu, kami tak discharged di hari yang sama disebabkan anak kami demam jadi terpaksa extend 1 hari lagi.

Untuk kali kedua ni, syukur dia okay dan discharged pada hari sama, petang.


Syukur dia mau duduk di wheel chair.
Time saya tengok ni, bercucuran airmata saya.
Sorry anakku terpaksa menempuhi sesuatu yang tak semua kanak-kanak tempuhi.
Anakku begitu kuat dan bersemangat!

Di bilik menunggu. Anak kami dapat giliran ketiga untuk buat MRI scan hari ni so kena tunggu, disini ada mainan juga jadi dia seronok. Bila tengok dia gembira/senyum2, hati rasa bersalah dan sedih...
Disebabkan tak boleh bawa phone dalam bilik MRI ni, macamnilah tempat MRI tu.


Selepas selesai MRI scan, dia pun sedarkan diri dan lapar betul dia time ni, so bagi biskut dan air dulu sebelum bagi makanan lain.
Pertama kali buat MRI scan hari tu, anak kami sangat lemah dan mamai betul selepas percubaan buat MRI scan. Effect ubat tidur.
Untuk kali kedua ni, syukur dia bangun dan makan dengan baik dan tak lemah.


Inilah keadaan dia selepas percubaan MRI scan kali pertama hari tu. Dia tidur dan berkepit saja.

Mata dia pun layu dan dia nampak lemah. Yang ni, dia bangun sekejap sebab dia lapar so saya bagi biskut dan air.

Saya tak sanggup tengok keadaan dia time ni. Suhu pun mula naik juga time ni.

Gembiranya dia dapat discharged! Yeahhh
Mama lagi gembira. 
PUJI TUHAN!

Apa keputusan MRI scan anak kami?
Keputusan belum dapat lagi, dalam 2 minggu lagi kami akan follow up dengan doktor dan doktor akan share keputusan time tu.
Kami berdoa supaya result dia okay dan dia tak da apa2 yang teruk.


Kos buat MRI scan ni

Kos untuk MRI scan pertama kali



Kos untuk MRI scan kedua kali


Kami sangat-sangat bersyukur dengan adanya subsidi kerajaan, kami tak perlu bayar amount jumlah kos sebenar tu sebab ada subsidi kerajaan. Jika tidak mana nak dapatkan duit tu dalam masa yang singkat.

Bersyukur!


Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)