Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Review buku BERGAJI & POKAI

11.11.22


Pendahuluan

Saya ni kan, pantang betul tengok ada buku keluaran baru, mesti nak beli untuk baca.Saya memang sangat-sangat suka membaca buku terutamanya genre motivational and self improvement lah. Saya memang tak mahu ketinggalan kalo ada buku baru mengenai self improvement ini. Kali ni, ada buku baru dari blogger inspirasi saya iaitu Bergaji & Pokai by Suraya Zainudin.

Saya memang ikuti blog beliau jadi itulah saya tahu dia tulis buku ni. Saya rasa cara ini paling efektif untuk saya menambah ilmu. Saya suka jugalah membaca e-book tapi saya lebih suka physical books.


Kenapa saya pilih untuk beli & baca buku ini?

1. Saya penat risau mengenai kewangan saya dan keluarga setiap bulan.

2.  Saya mahu belajar menguruskan kewangan yang realistik dan mudah difahami & hadam.

3. Saya betul- betul mahu keluar dari cycle dapat gaji --> bayar commitments --> habis --> tggu gaji seterusnya.

4.Saya tak mahu miskin selamanya ( bukan saya nak kaya) tetapi bagi saya, saya nak ada kehidupan pengurusan kewangan yang bagus.

5. Saya mau belajar secara teliti mengenai ilmu pengurusan kewangan dan turunkan ilmu untuk anak lelaki saya nanti.

6. Dapat keinsafan yang sejati! Tak main-main lagi pasal kewangan ni.

7. Saya nak kongsikan untuk kepada orang lain mengenai nasihat kewangan yang betul seperti student, fresh grad dan ramai lagi. Saya juga seorang penulis blog jadi saya tak mahu content saya tak bermanfaat kepada orang lain.


Apa yang saya rasa best selepas membaca buku ini?

1. Bahasa yang digunakan senang faham dan bahasa hari-hari. ( Bahasa Melayu)

2. Langkah demi langkah yang dikongsikan adalah realistik dan teratur. 

3. Konsep pengurusan kewangan yang sangat-sangat mudah dan straightforward saja.

4. Nasihat yang diberikan berdasarkan data dan sains bukan pendapat peribadi semata.

5. Situasi yang dikongsikan betul-betul "my situation"

6. Membuat saya yang melakukan banyak kesalahan pengurusan kewangan rasa ada harapan untuk pulih dan menjadi pengurus kewangan yang baik.


Siapa yang perlu baca buku ini?

Obviously, SEMUA ORANG!! Semua cari duit, pegang duit, simpan duit hari-hari, kan?

Tapi untuk lebih spesifik, 

- Adik-adik yang masih belajar di kolej atau universiti

- Adik-adik yang baru bekerja

- Orang-orang yang betul-betul nak  insaf mengenai kewangan


Beli kat mana?

Buku ini boleh dibeli BELI SINI

Apabila nak bayar tu, jangan lupa guna code saya 86ESXN

Jangan lupa join lucky draw! DISINI!


Harga berapa?

Harga buku ini adalah RM30 ( tanpa shipping fee), dalam RM40 lah.


Kesimpulan

Selepas baca buku ni sampai habis, satu benda yang berada di fikiran saya, 

"kenapalah buku ini tak wujud sebelum saya mula bekerja, taklah saya buat banyak kesalahan kewangan yang memalukan!"

Tapi, apakan daya kan? 

Ada buku ni sekarang, baca dan hadam betul-betul.

Please remember, buku ni tak menyelesaikan masalah kewangan  'overnight 'atau menjadikan you kaya sekelip mata tapi ilmu yang ada dalam buku ni akan guide you utk selesaikan dan dapatkan dua benda ni!


Selamat membaca!




Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)