Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Keputusan MRI scan anak kami...

05 December 2022



Hari ni merupakan hari yang dinantikan oleh kami dua my husband.
Sepatutnya appointment kami untuk jumpa doktor untuk tahu keputusan MRI scan anak kami adalah 28 November 2022 tetapi disebabkan cuti peristiwa, jadi appointment kami itu terpaksa dianjakkan ke tarikh lain.
Ada cerita pasal tukar date appointment ni, saya call hospital banyak kali untuk dapatkan tarikh appointment baru tetapi staff bagitau saya semua sudah full untuk December 2022 tetapi saya tak berputus asa untuk call lagi disebabkan kami nak tahu keputusan MRI scan anak kami sebelum kami balik bercuti ke Sarawak untuk merayakan Christmas. Saya risau dan tak mahu bawa beban ini ke tahun depan, saya sempat merayu dengan staff hospital dan bagitau dia saya betul-betul perlu tahu keputusan MRI anak saya dan syukur last-last, dapatlah juga staff  selitkan appointment untuk kami 5 Dec 2022, pukul 8.30am, kira terpaling awal la haha, tapi takpa yang penting tau keputusan MRI anak kami.

Di hari appointment
Disebabkan appointment kami pukul 8.30am, jadi awal lah kami bergerak ke Hospital Wanita & Kanak2 di KL disebabkan seperti yang kita tahu, jalan menghala ke KL pada week days memang terlampau jammed jadi kami bergerak dari rumah dalam pukul 6.45am dan setelah perjalanan lebih kurang 1 jam, kami sampai di hospital dengan selamat. 
Sejujurnya saya sangat nervous untuk dengar result scan anak kami ni sampai saya tak sedar saya tercicir maklumat pendaftaran anak kami di tingkat lain aduiii, sempat pergi cari balik dan syukur jumpa tetapi semasa saya pergi cari, nurse bagi my husband masuk dan minta letak appointment card di bilik yang telah di assigned lah... syukur urusan dipermudahkan.



The result is...
Semasa menunggu dipanggil doktor, saya siap-siap bagitau diri sendiri, 
Jika result tak bagus, kuatkan diri dan tempuhi, Tuhan menyertai. 
Jika result okay, puji Tuhan! Tuhan baik dan teruskan menjaga anak kami dengan sebaik mungkin. 
Saya sudah inform diri sendiri, apapun keputusan nanti, saya berserah kepada Tuhan dan percaya Tuhan pasti tahu yang terbaik dan Dia juga akan menyertai.

Disebabkan kami punya appointment pukul 8.30am, jadi dalam pukul 9am lebih sudah kena panggil doctor ke bilik consultation, biasanya appointment kami dalam pukul 9.30am atau 10.30am, dan memang lama tunggu. Bagus juga appointment pukul 8.30am ni...
Semasa dibilik doctor, saya dan suami berdebar-debar juga tunggu doctor buka mulut, oh ya saya juga sangat bersyukur juga sekarang sebab dua-dua boleh masuk jumpa doktor. Kalau masih di zaman pkp, saya rasa terseksa sebab saya sorang-sorang kena dengar "bad news" dan sorang-sorang bergetar tangan dengar result dan share/explain apa doktor cakap dekat my husband.
The moment doctor cakap, dari report MRI scan anak kami hari tu, anak puan/tuan tak ada apa-apa kerosakan di otak dia, semua normal. ( I was crying in joy inside... Thank you, Lord)
Lepas tu,doctor continue explained mengenai sawan anak kami. 
Sebelum ni, anak kami di diagnos suspected epilepsi. Epilepsi bermaksud "serangan". Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan dimana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar.[1]
Berdasarkan penjelasan doktor, anak kami ni mengalami sawan disebabkan ada yang rangsangan (trigger) seperti demam, selsema, keletihan, HFMD dan gejala-gejala sakit yang selalu dialami oleh kanak-kanak seperti anak kami.
Ini adalah sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak. 
Anak kami bukan mengalami Epilepsi.

Selepas mendengar penjelasan doctor ni, kami dua suami berasa sangat lega sebab kami takut jika anak kami menghidap epilepsi, sawan yang tak ada yang trigger, ini akan mempengaruhi pertumbuhan anak kami dari segi physical dan mental.
Yang ni sangat-sangat merisaukan sebab sawan ni tak dapat dijangka dan kami bukannya bersama anak kami 24H atau selama-lamanya.

Untuk hari ke depan, bermula hari ni, anak kami akan tak perlu lagi makan ubat dua kali sehari seperti sebelum ni, tetapi doktor inform dia kena makan ubat 1 kali sehari selama sebulan. Jika anak kami tak mengalami sawan lagi, kami boleh stop bagi makan ubat.
Sejujurnya, saya sedih dan kesian tengok anak kena makan ubat 2 kali sehari, dia masih terlalu kecil untuk memahami semua ni. 

If you don't mind, let's support us in prayer supaya anak kami tidak mengalami sawan lagi dan membesar dengan baik dan sihat selalu.

I would like take this opportunity, to say thank you so much to my family, friends, jemaat SIB Cheras and everyone yang terbaca my blog post or social media post mengenai anak kami dan berdoa untuk dia. Kami tak dapat membalas semua, kami berdoa supaya semua sentiasa sihat dan kuat dalam iman.

Also, I will never forget to say thank you to my beloved husband, Maclare! You're amazing husband! I don't think I can go through all these all by myself but you always there for me and our son! You always make me feel strong whenever I am not. Thank you so much my dear husband, I love you very much! 💗

Thank you Lord Jesus!
You're amazing God! Haleluyah!

Gambar-gambar kenangan anak kami menunggu di HTA.
























Ambil ubat ( hopefully the last batch)


Balik rumahhh





Suka cakoi dia ni





Sources

Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)