Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Macam mana Orang Kristian Borneo menyambut Hari Krismas?

11 December 2022



Saya selalu dapat soalan ni kalau tiba musim Krismas di Semenanjung Malaysia. As you aware, majority people here are Muslim, follow by other religion and mostly my circle friends or colleagues juga bukan beragama Kristian dan dari Borneo, jadi memang patutlah mereka tertanya-tanya mengenai ni. 

Ada jugalah yang dah tahu tetapi saya rasa mereka ada perspectives yang berbeza atau kurang tepat iaitu, 

Perspective 1:

Orang Borneo sambut Krismas dengan pasang pokok Krismas, exchange gifts dan makan, macam Orang Barat tu..

Perspective 2:

Orang Borneo sambut Krismas dengan minum minuman beralkohol dan mabuk-mabuk  sambil berbbq ( famously panggil panggang) macam Orang Barat tu...

Untuk ni, saya nak betulkan perspectives ini terhadap cara orang Borneo sambut Krismas. Saya tahu, ada segilintir orang Borneo memang sambut Krismas dengan cara perspective 2 and I am not judging anybody but I am not like that kind of culture.

Kebanyakan Orang Borneo yang beragama Kristian akan merayakan Krismas dengan cara perspective 1 plus ada element Borneo lagi, bukan semua copy bulat-bulat dari budaya Orang Barat seperti yang kita selalu tengok di TV.

Jadi, dalam post ni, saya akan kongsikan cara perspective 1 iaitu cara Orang Kristian Borneo.

 

Pra Krismas

Pra Krismas ni akan disambut di perantauan oleh orang orang yang merantau seperti saya. Jika orang kampung pula, mereka ada aktiviti tersendiri untuk menyambut Pra Krismas ni, ada yang buat pentas nyanyian, perlawanan bola sepak, karoling satu kampung dsb.

Untuk yang bandar pula, sebelum balik ke kampung halaman, memang akan buat Pra Krismas di gereja dan selalunya akan dibuat pada penghujung November atau awal December. Tujuannya adalah utk celebrate Krismas Bersama-sama sebelum semua orang balik ke kampung masing-masing. Antara aktiviti yg akan dilakukan adalah nyanyi lagu Krismas untuk memuji Tuhan dan makan Bersama-sama di gereja. Time ni jugalah akan start hias pokok krismas. Please note ya, pokok Krismas ni is not compulsory ya kalo tiba Krismas. Saya pun kurang pasti mcmn budaya ni ada semasa Krismas, just follow hahah. Kalo berkemampuan beli, boleh beli dan hias. Kalo tak, tak payah pun.

 

Christmas Eve

Seterusnya, Christmas Eve. Kalau bagi keluarga saya, kami akan sedaya upaya ada di rumah/kampung sebelum Christmas Eve ni. Selalunya akan ada kebaktian Christmas Eve di gereja. Aktiviti yang akan dilakukan adalah persembahan perakan, menyanyikan lagu Malam Kudus dan simbolik dia, semua orang akan nyalakan lilin dan pasang di pokok krismas. Sometimes, ada juga fireworks di tengah malam sebelum Christmas day tetapi again, this is not compulsory, it’s depends.

 

Christmas Day

Di pagi Krismas akan ada kebaktian Krismas di gereja. Selepas kebaktian Krismas ini, semua orang akan pergi ngabang di rumah sanak-saudara, kawan-kawan sambil menyaksikan perlawanan bola sepak. Ngabang di hari Krismas adalah highlight of Christmas dekat Borneo.

Bergantung kepada family, akan buat exchange gift. This is not compulsory juga. Kalau mampu buat, buatlah... kalo tak, tak payah pun tak apa.

Di malam hari, akan ada kebaktian di gereja juga dan ada juga yang buat gathering bersama keluarga.Mengenai yang minum minuman keras dan mabuk-mabuk tu, budaya ini bukanlah budaya di kampung saya tetapi ye lah nama pun manusia, ada juga yang suka mengamalkan budaya tidak bagus ini, tak dinafikan ya. Di kampung saya, ada sebahagian kecil yang  suka budaya ni. 

Untuk keluarga saya, kami tak diajar oleh bapa kami untuk ada budaya seperti ini. Jadi selalunya kami akan buat bbq dan menikmati masa bersama keluarga setelah satu tahun tak berjumpa bersemuka. Saya rasa moment ini sangat-sangat indah dan akan selalu diingati untuk tahun kedepannya.


Kesimpulannya

Krismas ini adalah masa untuk meluangkan bersama keluarga.

 

 

Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)