Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Panduan untuk memilih playschool yang sesuai untuk anak anda

09 December 2022




Haloo!

Apa kabar mama? Hopefully sihat-sihat saja. 

Kali ni, saya nak kongsikan satu hal yang akan/mesti dihadapi oleh ibu bekerja iaitu mencari playschool yang sesuai untuk anak.

Saya mengalami hal ini setelah anak kami berumur 2 tahun dan babysitter kami sebelum ini yang tinggal bersama kami sudah balik ke Sabah for good. Jadi, nak tak nak kena cari juga playschool untuk anak. At first, saya minta tolong dari keluarga uncle untuk tolong menjaga anakku sementara mencari playschool yang sesuai. Dalam beberapa bulan juga lah proses mencari dan dalam beberapa bulan jugalah saya juggling sebagai pekerja dan ibu rumahtangga. Saya rasa saya sangat tertekan dengan menjalankan dua roles besar ini dalam satu masa, saya bukannya tak boleh multitasking tetapi nak multitasking dua ni, I know myself well.

Jadi, setelah berbincang dengan suami, akhirnya we decided to send our son to playschool.

Kenapa saya pilih playschool? kenapa tak cari pengasuh atau day care?

Saya cari playschool ni disebabkan saranan dari kawan-kawan yang bergelar cikgu untuk early education. Berdasarkan nasihat mereka, cari playschool monseterri. Saya akan kongsikan topik mengenai apa itu monseterri ni di lain post.

Apabila anak dah berumur 2 tahun macam tu, berdasarkan pengalaman, tanya kawan-kawan yang bekerja sbg teacher dan juga dari pembacaan saya, masa inilah sangat sesuai untuk hantar anak ke playschool. Saya tahu, topik “ bila nak hantar ke playschool?” ni hangat juga sebab masing-masing ada pendapat kan.

Tetapi on my side, saya hantar anak saya ke playschool apabila dia 2 tahun sebab beberapa alasan tertentu seperti saya rasa saya tak berkemampuan untuk ajar anak saya seorang diri kerana pada masa sama, saya melakukan pekerjaan hakiki saya. Saya bukannya tak boleh multitasking but this kind of multitasking saya tak berani nak buat.

I’ve experienced jaga anak dan work from home before. While I’m meeting with client, anak minta perhatian dan menangis semahu-mahunya. Saya bukannya tak nak bagi attention kat dia tetapi saya juga ada tanggungjawab sebagai pekerja.

Jadi, setelah berbincang dengan suami, kami akhirnya decide untuk hantar anak kami ke playschool.

Process untuk mencari playschool ni bukan mudah wei. Pening kepala juga lah. Ada banyak playschool tetapi macam mana nak cari the right one.

Saya kongsikan beberapa panduan untuk memilih “playschool” yang sesuai untuk anak anda.

#1: Lokasi

Pastikan lokasi playschool yang dipilih dalam 3-4km radius dari rumah anda.

Tak dinasihatkan untuk lebih dari ni kerana faktor hantar ke playschool, nanti anda akan menambah stress kepada anak kamu dan juga kamu sendiri juga.


#2: School Methodology- Montessori concept

Yang ni kawan saya yang bergelar teacher yang inform saya, jika cari playschool, cari yang concept montessori. Secara ringkas, montessori adalah a system of education for young children that seeks to develop natural interests and activities rather than use formal teaching methods.

Saya akan kongsikan lebih details mengenai montessori ni dalam post lain.


#3: Fees ( Financial Factor)

Financial factor/fees of playschool adalah salah satu kriteria yang harus dipertimbangkan semasa mencari playschool. Setiap playschool ni, masing-masing ada fees tersendiri. Saya banyak bertanya dan bandingkan fees semasa proses pencarian saya. Jika agak murah, saya tengok lokasi dimana...
Dalam kes anak kami, kami bayar bulanan bukan tahunan. Ada juga playschool yang bayar secara tahunan ( whoaaa...takut tengok harga). Bagi saya, saya prefer bulanan punya mode of payment.

Ini adalah contoh dari pengalaman kami hari tu, 

Administration fee = RM200

Keperluan sekolah = RM650

Insurance = RM20

Total = RM870 * Pay one time

We choose full day programmes so RM550/monthly + RM35 ( Logbook) 

So, for the first month, we pay RM1,450.

My advise is at least you save RM1,500 ( terpaling minimum) when you plan to send your child to playschool when your child turn 2 years old.


#4: Safety

Keselamatan anak adalah paling penting. Kita tidak bersama mereka sepanjang masa jadi pastikan playschool anak yang dipilih ada cctv dan berlesen. Dua faktor ni sangat penting supaya jika ada apa-apa berlaku, senang untuk diuruskan juga. Apabila pergi melawat playschool, tengok keadaan kelas macam mana. Your instinct will tell you, trust me!


#5: Staffs

Yang ni boleh dilihat apabila menghantar anak pada hari pertama atau selama seminggu, tengoklah macam mana layanan staff/teacher tu terhadap anak dan kita. Pastikanlah layanan staffs/ teacher bagus lah, bukannya saya nak perfect tetapi janganlah muka ketat/masam saja semasa menghantar dan ambil anak. Again, your instinct will tell you...


#6: Komunikasi & transparent

Pastikan ada komunikasi yang baik dengan playschool. Maksud saya disini adalah ada medium komunikasi yang baik dengan mengunakan platform seperti WhatsApp, Telegram dsb. Pastikan playschool ada medium seperti ini untuk berkomunikasi dan juga pastikan transparent juga lah, jangan cakap A didepan, tetapi B yang berlaku. Please avoid that. Macam mana nak tau? You will know when you are in the situation.


#7: Melawat playschool

Yang ni langkah paling penting. 

Apabila kamu sudah decide playschool yang mana, luangkan masa untuk pergi melawat dan experience sendiri playschool tu. Apabila kamu melawat playschool, pastikan kamu melihat keadaan playschool dengan baik, adakah nampak friendly & happy environment? Again, percayalah pada instincts kamu apabila kamu membuat lawatan ke playschool. I've experienced this before but I can't explain it here.


Antara gambar-gambar anakku di playschool.

































Kesimpulan

Mencari dan membuat keputusan playschool ni memang proses yang panjang dan merumitkan tetapi jika kamu banyak membaca, mendapatkan pendapat dari ibubapa yang berpengalaman, last-last nanti kamu akan mendapatkan playschool yang terbaik untuk anak kamu.

Jangan lupa juga, berdoa juga supaya Tuhan memberi hikmat bagi kamu dalam memilih playschool dan Tuhanlah yang akan menjaga anak di playschool.

Happy hunting or searching for playschool!


Jika anda ada sebarang comments, jangan malu-malu comments dibawah. So, saya tahu pengalaman anda dan belajar dari situ juga.


Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)