Skip to main content

SOCIAL MEDIA

5 idea aktiviti untuk family bonding

20 January 2023


Family bonding/ikatan kekeluargaan sangat-sangat penting untuk pertumbuhan dan kesejahteraan anak kecil dan juga ibu bapa.

Saya terbaca satu post di Facebook dan memang post ni bertepatan dengan apa yang saya ingin sampaikan hari ni.


Ayat paling deep sana adalah DON'T WAIT UNTIL FUNERALS TO COME TOGETHER ( Jangan tunggu hari kematian yang mempertemukan kita). Ayat ni betul-betul menusuk kalbuku...

Sebab saya tinggal berjauhan dengan keluarga besar saya di Sarawak dan Sabah, saya memang tak boleh hari-hari atau setiap minggu/bulan jumpa, saya jumpa setahun sekali saja. Saya rasa sangat-sangat sedih apabila mendengar khabar keluarga yang meninggal di Sarawak. Setiap kali ni juga saya akan mempersoalkan diri, kenapa mau settle down disini?

Tetapi walaupun jauh, saya selalu mendapat update dari Social Media, Whatsapp dan juga video call, saya tak mau ketinggalan. Paling saya tak sabar adalah di hujung tahun sebab masa nilah saya akan jumpa keluarga face to face.

Tidak dapat dinafikan, memang agak susah untuk buat activiti family bonding ni, semua masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, semua sibuk mengejar impian. Bagi keluarga saya, di hari Isnin sampai Jumaat ( jika takda cuti kelepasan am atau sakit2), kami sekeluarga susah meluangkan masa bersama. Anak di sekolah dan kami dua husband bekerja. Sejujurnya, saya sedih bila fikirkan yang kami bertiga susah nak luangkan masa bersama dan saya lagi risau anak kami tak bonding dengan baik dengan kami dua ibu bapa dia.

Jadi, untuk tahun ni, saya betul-betul NEKAD untuk tekankan dan praktikkan habit untuk lakukan aktiviti untuk family bonding ni demi kesejahteraan anak dan keluarga kecil kami.

Saya lakukan search di Internet dan ambil beberapa aktiviti yang senang dilakukan seperti dibawah.


Outdoor activities:

- Weekend picnic

- Jalan jalan at taman

- Exercise together di taman atau gym

- Visit Zoo/Museum/buildings

- Breakfast/Lunch/Dinner at restaurant

- Go swimming

- Hiking, Nature

- Pantai

Sebenarnya banyak lagi activiti outdoor yang boleh dilakukan bersama keluarga, cuma saya senaraikan seperti ini untuk cetuskan idea untuk kita semua! Jika ada outdoor activiti yang menarik yang ada dalam fikiran kamu, bolehlah letak di ruangan komen ya.

Saya ada baca, activiti outdoor ni sangat-sangat baik untuk anak kecil kita sebab anak kita dapat bermain dengan pasir, tanah, tengok pokok-pokok hijau dsb. Ini sangat-sangat bagus untuk perkembangan anak-anak kita! Jangan malas untuk bawa anak keluar dan bermain ya.


 Indoor activities:

- Family movie night

- Cook together

- Eat dinner together ( whenever possible)

- Do house chore together

Kadang-kadang cuaca tak mengizinkan ataupun keadaan kewangan tak mengizinkan jadi kita pilih untuk berada didalam rumah, takpa! Jangan down! Memang akan ada masa-masa begini dalam kehidupan kita. Kita hanya perlu ubah mindset kita, jangan guna mindset sedih, down tetapi ubahlah kepada positive mindset, jimat duit, keselamatan anak terjaga dsb. Banyak lagi activiti indoor ni sebenarnya tetapi ni saja yang saya terfikirkan.


Go for road trip

Tak sabar saya nak lakukan ni dengan anak dan suami!

Pergi road trip, tengok tempat-tempat baru dan ambil gambar kenangan. Bestnyerr... Saya harap ni akan menjadi realiti tahun ni!


Go for camping

Saya selalu teringin nak pergi camping bersama keluarga kecilku tetapi saya masih takut untuk membawa anak kami untuk activiti luar begini sebab anak kami ni agak sensitif terutamanya kalau lain tempat, adalah dia kena demam, batuk & selsema. Tetapi, tahun ni saya nak cuba dan sebelum cuba dan execute the plan, saya akan lakukan persiapan dengan baik supaya anak kami sihat pergi, sihat balik dan happy!


Explore your town

Walaupun kami tinggal di Selangor dan berdekatan dengan Kuala Lumpur, tetapi sangat-sangat jarang kami explore bandar ni, satu sebab yelah hari-hari tengok dan hari hari menghadapi kesesakan lalu lintas dan public transport... Tetapi untuk tahun ni, saya rancang nak bawa anak naik MRT, LRT, tengok dan ambil gambar dengan bangunan2 iconic di Malaysia. Siapa tau rezeki kami balik Borneo, susah mau datang balik sini nnt tu.


Video Call selalu

Untuk kami yang tinggal jauh dari keluarga, tak boleh balik kampung selalu, video call lah pengubat rindu dihati. Niat di hati memang nak balik setiap minggu atau setiap kali cuti panjang, tetapi apakan daya, wang dalam dompet berkata tidak! 

Syukur ada teknologi ni kalau tak sedih je rasa tak dapat tengok muka dan pergerakan keluarga yang jauh. Saya nak share sikit, saya kan video call dengan kakak ke empat saya yang di Bintulu tu I think sangat sangat rutin, setiap minggu 2 -3 kali macam tu mesti video call saja kerja, saja sembang2 dan update2 cerita atau sekadar tengok apa dia makan, betul2 mcm hidup sebelah rumah saja o.. haha


Kesimpulannya

Keluarga adalah segalanya.

Keluarga kita adalah kita punya strong system yang sentiasa akan bersama kita dimasa susah dan senang ye. Sangat-sangat jarang dengar family abaikan ahli keluarga sendiri dimasa-masa berat dalam hidup dia.

Dengan adanya family bonding aktiviti ni, kita sekeluarga tetap "engaged" dan "involved" dalam hidup masing-masing walaupun sibuk.

Jadi, jangan lengahkan masa untuk buat aktiviti family bonding ni ya!

God bless you and your family.💜

Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)