Skip to main content

SOCIAL MEDIA

Ending untuk drama balik Krismas 2022

03 January 2023

Hi semua...

Ingat tak saya ada post mengenai drama balik Krismas 2022 saya hari tu? Kalau tak ingat dan tak tahu, boleh baca post DISINI.

Hari ni, saya nak share an update mengenai drama kehilangan IC sebelum balik kampung untuk rayakan Krismas hari tu.

Saya sendiri mencipta kegilaan dan kesengsaraan dalam hidup diri sendiri.

Cerita dia macam ni, saya pergi bekerja di ofis pada 3 Jan 2022 hari tu dan out of blue, saya rasa nak drive ke ofis. Selalunya saya akan naik public transport sebab saya kurang suka stuck dekat traffic jammed. Tetapi entah mengapa hari tu, berkobar-kobar nak drive ke tempat kerja.

Nak dijadikan cerita, selepas kerja, saya balik lah dan pergi ke parking. Di tempat kerja saya, yang drive kereta akan parking di bangunan sebelah ( church) sebab lebih murah. Time saya nak bayar parking fee, uncle yang jaga parking tertiba tanya saya " you ada kehilangan IC ke?" saya agak terkejut, uihh sampai uncle ni pun tau i kehilangan IC, dahsyat!. Time ni, sempat saya bermonolog dalaman, dari mana uncle ni tau i kehilangan IC sebab setahu saya dan last ingatan saya mengenai IC adalah di rumah saya ( tempat washing machine). Hebat juga Tuhan inform ni, i fikir macam tu... hehe.

Then, uncle buka wallet dia dan cari-cari sesuatu...

Nah uncle hulurkan sekeping IC dan tanya lagi " you punya kan?" adihdihhh... memang IC saya yang hilang tu! Muka dalam IC masih comel dan cantik sebelum kahwin punya muka hahaha and terus saya cakap thank you so much uncle dan sibuk nak share dengan uncle yang i dah buat baru. 😄😄

Then uncle bagitau, dia cari saya dalam Facebook guna nama betul saya tetapi takde! Tp sepatutnya adalah uncle, sebab nama saya unique dan tak banyak nama macam saya dan lepas tu, uncle cakap nak pos atau report polis tetapi mcm lagi complicated! So, dia decided untuk simpan dan tunggu saya datang parking lagi.

SYUKUR SYUKUR SYUKUR...

Walaupun saya lost RM110 ( duit suami) sebab buat IC baru tetapi syukurlah ada endingnya, happy ending lah ni sebab sekarang saya ada 2 IC dan saya guna IC lama sebab saya tak suka tengok muka dalam IC baru! Double chin yang tak da maafnya! hahaha

Begitulah kisahnya IC saya ni...

Saya akan kongsikan macam mana prosedur kalau IC hilang. Sekarang lagi senang tau! Cepat dan pantas!

Post a Comment

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Hello!

Welcome to my Blog. I’m Aya. I’m Orang Ulu from Sarawak, stay in Selangor. Married with one child. I worked as Test Consultant & Blogger. For any enquiry email to : payaroni.eban@gmail.com

Follow me on Instagram (@keriitleto.paya)