Social Media

Bagaimana berpantang sendiri selepas bersalin?


Hi,

Apa khabar? Saya harapkan kamu sihat-sihat sahaja. Terima kasih kerana membaca blog saya.

Kali ini, saya ingin berkongsikan bagaimana berpantang selepas bersalin sendirian. Saya rasa topik ini sesuai dikongsikan sekarang kerana keadaan COVID-19 yang agak memburuk ( bukan menakutkan tetapi data yang menunjukkannya.)

Jadi, kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, terutamanya yang orang-orang Borneo yang berada di Semenanjung, silalah siapkan hati untuk berpantang sendiri. Jangan risau saya akan share bagaimana.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan sedikit ilmu mengenai berpantang.


Apa itu berpantang selepas bersalin?

Berpantang merupakan satu proses dimana wanita yang baru melahirkan anak untuk berehat dan memulihkan diri daripada kehamilan dan proses melahirkan yang melelahkan. Pantang merupakan masa untuk wanita berehat dan menjalin ikatan dengan bayi yang baru dilahirkannya.


Kenapa berpantang selepas bersalin?

Berdasarkan pengalaman saya, berpantang adalah sangat perlu kerana,

- Seorang wanita mengunakan seluruh tenaga ketika melahirkan bayinya, jadi sangatlah perlu kembalikan tenaga kembali.

- Memberi masa kepada "kesakitan" sembuh

- Menjalin ikatan dengan bayi

- Belajar menyusu badan/menyusu bayi


Saya melahirkan anak pertama saya pada awal July 2020 dan saya telah mempunyai pengalaman berpantang tahun ini dan berpantang semasa pandemic COVID-19. Jadi, ini menyebabkan saya terpaksa berpantang sendirian selepas sebulan.


Bagaimana berpantang sendiri?

1. Sokongan suami

Ini adalah yang terutama. Inilah masanya menunjukkan rasa cinta terhadap isteri tersayang. Dari pengalaman sendiri, sokongan suami sangat-sangat diperlukan masa ini, isteri sudah penat menjaga anak disiang hari, jadi dimalam hari suami-suami rajin-rajinlah bangun, belajar tukar pampers and bagi susu kepada anak(jika menyusu botol) atau menemani isteri semasa menyusu badan. Dari penyediaan makanan, janganlah kekok menyediakan makanan untuk isteri dan janganlah memaksa isteri anda menjaga anda semasa berpantang.


2. Kuat semangat, don't be discouraged.

Apabila mak saya memberitahu saya dia mau balik Sarawak selepas baru sebulan menemani saya berpantang, saya sejujurnya rasa kecewa dan sedih. Saya tidak boleh terima yang saya akan berpantang tanpa ditemani oleh mak saya. Tapi, kerana keadaan, saya lepaskan mak saya balik kampung juga. Saya kena kuat dan tidak boleh lemah, saya beritahu diri sendiri, saya boleh lakukan demi anak saya dan keluarga kecil saya, saya tidak akan bergantung kepada mak saya selama-lamanya. Sangat-sangat susah untuk ini tetapi saya kuatkan semangat. Kuncinya, kuatkan semangat!!


3. Rancang pemakanan anda

Selepas suami saya pergi bekerja, saya bersendirian dengan anak kami. Adakalanya anak saya tidak terlalu menempel disaya dan adakalanya dia mahu menempel saja. Apabila ini berlaku, saya tidak boleh lakukan apa-apa selain duduk atau baring dengan dia. Tetapi, saya perlu makan juga. Jadi, oleh kerana situasi dengan anak saya tidak menentu, saya akan sediakan sarapan dan makanan tengahari awal, nanti bila sudah sejuk, boleh panaskan. Atau saya akan order makanan pantang atau sihat melalui Grabfood. Jika anak saya good boy, saya akan memasak tetapi berdasarkan pengalaman, di awal- awal kelahiran bayi ini, dia agak sensitif dan perlu perhatian. 


4. Rancang jadual anda

Saya cadangkan anda ada jadual sendiri, flexible schedule!

Pada bulan pertama saya pantang, mak saya ada jadi saya tidak ada jadual. Tetapi, bulan kedua, saya harus ada jadual. Benda pertama yang saya lakukan adalah mandi air panas ( saya x mandi properly sebulan tau!). After mandi, saya akan sediakan sarapan dan jika sempat, saya sediakan untuk makan tengahari nanti. Selepas itu, dalam pukul 8-9am, saya akan mandikan anak saya, benda inilah yang saya paling takut.


5. Beli bengkung yang senang dipakai sendiri - Mamaway

Semas bulan pertama, saya tidak memakai bengkung kerana saya kerap memerah susu untuk anak dan saya tidak mau paksa diri lagi. Semass bulan kedua, saya sudah mula pakai bengkung yang saya dapat dari @Mamaway. Tetapi, saya tidak kerap memakainya kerana saya malas...hahhaa


Akhir kata,

berdasarkan pengalaman saya, saya tidak recommend anda berpantang sendiri selepas bersalin kerana proses ini agak berat dan memerlukan kekuatan mental dan sokongan 100% suami. Jadi, jika anda rasa tidak boleh, awal-awal simpan duit untuk berpantang dipusat pantang atau rancang awal-awal supaya tidak berserabut dikemudian hari.

Tetapi, jika keadaan tidak mengizinkan, anda bolehlah ikuti cara-cara saya ataupun google.com.

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi...


Love,
Aya

Post a Comment

Please share your thoughts.

Instagram

Theme by BD